,if all i thought were true


if all i thought were true,
let me know that it's true,
don't let me go astray,

if all i thought were true,
let me know that it's true,
don't let me wander,

if all i thought were true,
let me know that it's true,
don't let me counting the days,

if all i thought were true,
let me know that it's true,
don't let me think it was't true,

if all i thought were true,
let me know that it's true,
please be the real you.


,happy!


salam, hye guys...it's been few days for not updating my blog kan? i miss my blog...unfortunately, takde cerita yang menarik yang nak dikongsikan...i just feel happy...happy and happy...

'oh happy happy day, oh happy happy crazy tonight' - My Girl (Korean Drama)

oh!i'm craving for Korean Food so damn much! Seoul Garden was the best place to have Korean food...kimchi, my favourite! bila la dapat makan kat Seoul Garden ek? hikhikhik it just cost us around RM34 per person...and you can eat berapa banyak pun! itu yang best...sayangnya recently selera makan dah kurang!ah! stress betul...tengok orang lain makan macam best je...tapi diri sendiri? tak lalu makan! kesian!

, di pagi perayaan Thaipusam


salam...sedang enak melayan mimpi, dikejutkan dengan suara papa..."ayun bangun" aku pun menjawab "ok!" hihihik..tersentak dari mimpi yang agak melucukan...ah!6.30pagi...awalnya papa! hahahaha...menyiapkan diri dan solat subuh...start enjin kereta...terus menuju ke NKVE...menyusur NKVE yang lengang..sangat lengang! memudahkan perjalanan aku, papa dan mama...menyusur keluar melalui Subang...terus ke USJ, rumah pakcik...sarapan nasi lemak dengan sambal ikan tongkol...masakan acik, wow! tak pernah makan nasi lemak sambal ikan tongkol...first time...resipi orang Terengganu ka? sedap, tapi sebab sarapan pagi tak makan banyak..hanya dapat menghabiskan separuh nasi yang aku senduk ke dalam pinggan...dengan teh yang light...my favourite! perfect breakfast...hihi, sorry mama...masakan mama tetap yang terbaik! walaupun selalu complain...saja ja, sebenarnya sedap...hikhikhik...lepas breakfast, terus follow pakcik ke bengkel...tengok kereta...sedih! mcm tak rupa kereta dah...aduh! tersayat hati...hurm takpe la...nanti dah betulkan elok la tu...InsyaAllah...balik sorang sebab papa and mama ikut pakcik, acik and solehah balik kampung kat Melaka...menyusur ELITE dan NKVE...dan sekarang tersadai di pejabat...buat minit mesyuarat sambil mem'blog' dan mendengar lagu-lagu Oldies by Tom Jones and Engelbert Humperdinck...enjoy!

, dulu & sekarang


salam, dulu dan sekarang...banyak bezanya...teringat zaman masa teenagers dulu...zaman persekolahan...tinggal di kampung bersama arwah wan dari kecil sampai meningkat remaja...macam-macam perkara yang telah dialami...yang dari suka hinggalah ke duka...pahit dan manis sudah dirasa...asam garam kehidupan yang telah ditempuh...mendewasakan aku...mematangkan aku...mengajari aku tentang erti kehidupan...syukur! banyak yang telah dipelajari...yang buruk dijadikan sempadan, yang elok dijadikan teladan...begitulah perumpaan orang zaman dahulu...

masa aku remaja dulu, tinggal di kampung dengan wan...dibesarkan di kampung membezakan aku dengan remaja lain yang dibesarkan di kota...tidak terdedah kepada banyak perkara, erti kata lain advance things...tak celik IT...hanya mengenali IT kerana diberi peluang oleh guru Matematik ku di sekolah...hanya ada beberapa buah komputer sahaja di dalam bilik IT tersebut...diajar menggunakan komputer, jakun lagaknya...takut! takut komputer meletup...yelah remaja kampung, manalah tahu semua tu...di ajar menggunakan MIRC..saluran chatting yang terkenal pada masa itu...masuk ke laman kampung...itu lah perkara baru yang aku belajar tentang IT...di ajar menaip...satu-satu huruf aku menaip...sungguh lembap! sekolah harian hanya dibekalkan dengan wang satu ringgit untuk berbelanja di sekolah..Alhamdulilah! itu pun sudah terasa mewah dan cukup...serba serbi masih mampu dibeli untuk mengalas perut yang lapar dan membasahkan tekak yang kering...syukur dan syukur! masih dapat menyimpan baki wang belanja ke dalam tabung buluh yang dibuat khas oleh arwah paklong...entah mana letaknya tabung tu sekarang...bila duit tak cukup untuk membeli barang kegemaran, tabung menjadi mangsa untuk dikorek...hihii...pergi ke kedai Wan Senah, membeli gula-gula dan coklat murah...kampungan la katakan...tak mampu merasa coklat-coklat mahal...di hujung bulan, rezeki amat murah...makcik memberi wang sepuluh ringgit untuk aku berbelanja...aku sangat gembira, pergi ke pasaraya Chembong...aku beli buku nota..buku nota itulah aku guna mencatit nota-nota penting untuk menghafal...Alhamdulilah, berkat semuanya...selepas wan meninggal dunia, aku membawa diri ke sekolah teknik..tinggal di asrama...macam-macam yang aku alami...semuanya sedih belaka...aku masih dapat berdikari..syukur! walau susah mana pun hidup di asrama, aku masih tabah menjalani hari-hari mendatang...aku kuatkan semangat...aku ingin berjaya!syukur!syukur! aku dapat memjejakkan kaki ke menara gading...masih merasa keperitan kehidupan yang masih susah...masih kuat mengharungi semua...aku ingin berjaya! tekad dan nekad...aku berjaya mendapat segulung diploma dan segulung ijazah yang menjadi kebanggaan seluruh ahli keluarga...tidak terjangka aku mampu menghabiskan pengajian...walau aku diuji dengan pelbagai dugaan...Allah itu Maha Mengetahui, Maha Penyayang...Alhamdulilah...

bezanya sekarang! aku tidak nampak semua yang aku alami..mungkin ada..tapi terpencil dan tidak diketahui...remaja sekarang, hidu senang dan mewah..duit belanja sekolah harian mencecah sepuluh hingga dua puluh ringgit seorang...wah! terkedu yang tidak terkata...pelik dan hairan...buat ape duit banyak-banyak? hendak belanja apa di sekolah? itulah remaja sekarang...disogok dengan segala kemewahan...bezanya dengan zaman dahulu...zaman mama dan papa masa remaja, dan zaman aku remaja...perubahan! semua itu perubahan! mana ada sama dulu dan sekarang...tidak boleh menyamakan zaman dahulu dan sekarang...bagaimana mereka berdikari di kemudian hari? bagaimana? entahlah, keadaan berubah dari hari ke hari...tiada yang sama...semua berbeza...

,resolutions


resolutions?huh..i got few to list...

i) i'll be my very best for my family
ii) i'll be my very best for someone
ii) i'll do my very best for my career

thats it...


,nightmare


Assalamualaikum...malam semalam bagaikan mimpi ngeri yang memang tak boleh dilupakan...stress pun tak hilang lagi...mana taknya, tak boleh tido...puas memujuk mata 'wahai mata, lelaplah dikau di malam sunyi ini'...puas memujuk hati 'tenanglah wahai hati, esok masih ada'...masa terasa terlalu perlahan...setiap detik bagaikan siksaan yang amat sangat...pusing ke kanan, pusing ke kiri...masih tidak boleh merehatkan mata...entah bila agaknya aku melelapkan mata..tahu-tahu, alarm berbunyi...ah! jam 6pagi...tidak puas rasanya tido...

,riuh dan kecoh


Assalamualaikum...hye guys...jumpa lagi, hihihi...lama jugak tak update blog..dah masuk tahun baru rupanya...celebrate New Year?bukan sambutan yang wajib!buang masa...duduk rumah tgk tv better than tgk bangsa sendiri terkinja-kinja menyambut New Year...yang bangga sangat tengok bunga api, minum sampai mabuk...oh tidak!oklah enough about New Year...it really annoys me damn much actually...

this is the best part, semalam pergi melawat papa di HKL, as usual...sebabnya kelmarin tak dapat pergi sebab demam...tak larat nak drive...ye la i drive myself there..my dear little sis, Nadrah ne tak boleh drive (nak kene hantar die belajar memandu ne, senang sikit nanti) hikhik...so, kami pun bertolak dari rumah awal, jam 4.45ptg (balik awal sebab MC sebenarnya) hahaha....sampai di HKL hujan...redah je la...hikhik banjir tak banjir...Syukur!Allah permudahkan urusan kami...tak banjir pun...air naik sikit (sebab tau-tau je la drainage system kat Malaysia ne)...

terus ke wad papa, Tingkat 3, bilik first class (papa suka betul, die kata mcm Hotel)...tengok papa ceria je...Alhamdulilah....tersenyum die...sampai, landing kat katil papa...bersila lagi...hihihi...adik ape lagi, mengendeng kat sebelah papa (anak bongsu la katakan)...nak dijadikan cerita, ika and nadrah bercerita je non-stop!kecoh dan riuh jugak...yang datang melawatnya dua orang je...bisingnya macam 10 orang yang datang...hahahaha....tapi seronok bila tengok papa gelak....uncle yeap yang duduk katil sebelah pun tergelak jugak...best dapat ceriakan semua orang...lama jugak la berceloteh...sempat makan kek and buat air nescafe lagi...hihihi (masa tu lapar sebenarnya sebab tak pergi lunch)...siap berposing dengan papa...snap few picture...seronok!hihihi

tapi mama demam...cakap kat mama, balik dulu rumah...biar nadrah ganti jaga papa...dia tak nak...erm kata mama "takpe, kejap je demam...nanti elok la" mama nak jugak duduk hospital jaga papa..dah bape kali volunteer...tak nak jugak...takpe la...kami datang la jenguk selang sehari...

one of my conversation with my papa:

me: papa ok?
papa: ok....
me: kimo ok tak?
papa: ok....papa tak kisah kalau buat 20 kali pun...papa kuat
me: wow, cayalah papa....fight papa fight
papa: (senyum)

ada di wad sampai jam 7.45mlm (waktu melawat tamat 7.30mlm)...saja tunggu lama-lama sampai polis bantuan suruh balik...hahahaha...rasa lega dan gembira tengok papa...sebab dah banyak perubahan kalau nak dibandingkan masa papa mula disahkan menghidap kanser...Syukur!