selamat hari raya aidilfiti, maaf zahir dan batin buat semua umat muslimat, kiranya ade salah dan silap harap dimaafkan, halalkan makan dan minum...aidilfitri, di mana seluruh ahli keluarga kami berkumpul di kampung chembong, rembau; di rumah peninggalan arwah atuk dan arwah wan; mohd sehat dan supiah...walaupun keadaan fizikal rumah ne jauh berbeza masa zaman kanak-kanak, tapi kemeriahan tetap terasa, namun jauh di sudut hati kami, pemergian insan-insan yang amat kami sayang cukup terasa, ketiadaan mereka cukup memilukan...pemergian arwah muhammad aidil putra pada awal tahun masih kami rasakan, melihat uminya yang sugul, ayahnya yang kurang ceria, cukup membuatkan kami menangis, tiada lagi kedengaran suara riang arwah di segenap rumah, tiada lagi kenakalan arwah mengenakan sepupu-sepupunya, tiada lagi keceriaan permainan uno; kegemaran arwah...keceriaan kami agak muram seperti sambutan aidilfitri tahun-tahun sudah...agak sederhana, mungkin lebih bersederhana dari tahun-tahun sudah...kami cukup bersyukur kerana dapat berkumpul sekeluarga di rumah kampung...alhamdulilah, syukur ke hadrat illahi...awal pagi kedengaran suara-suara maklong, makteh, mama, papa dan acik mengejutkan kami bangun untuk bersiap, namun liat sangat; kedinginan pagi membuatkan aku dan sepupu-sepupu masih menarik selimut; menutup tubuh dari kesejukan, ngee*,dengan muka yang masih tak dicuci, terus merasa kesedapan cokodok pisang yang dibuat oleh maklong; sedap!!!ngee*..ke hulu ke hilir, mundar mandir dalam rumah...masih malas menyiapkan diri untuk menyambut raya...kedengaran leteran makcik-makcik menyuruh kami mandi, walhal bilik air hanya satu, berebut-rebut, masih menyeronokkan, ngee*mendapat offer dari chula; mandi di banglo barunya, dengan memandu wish chula, terus memecut laju ke banglo chula, membersihkan diri; terus mengenakan baju raya...selepas seluruh umat islam selesai menunaikan solat sunat aidilfitri, kepulangan mereka amat dinantikan untuk bermaaf-maafan, sepupu-sepupu kecil menunggu duit raya, ngee* aku tak lari daripada menjadi salah seorang pemberi duit raya,haha*, memberi duit raya duit raya bagaikan membayar cukai ngee, bermaaf-maafan acara wajib...meminta maaf dari mama papa, makcik pakcik dan sepupu-sepupu; sedikit kekecohan, keseronokan...ambil gambar beramai-ramai bagaikan kekecohan di pasaraya, ngee* arahan ketua kampung (paktam) dipatuhi oleh semua, barisan formasi yang teratur telah dibuat...aku dan ina, puas mengsetkan camera...mengadjust supaya gambar cantik...berjaya jugak akhirnya...terserlah keceriaan di setiap wajah-wajah...juadah yang disediakan oleh makcik-makcik; nasi himpit, kuah kacang dan lontong manjadi santapan seluruh ahli keluarga, bertambah-tambah, semua menikmati juadah dengan penuh bersyukur, alhamdulilah...selepas sekian waktu, kebanyakan keluarga beredar untuk menziarahi rumah-rumah keluarga mertua...tinggallah segelintir di rumah kampung...masa yang ada, berkumpul dan mengenangkan nostalgia raya dahulu, dan mengingati kisah-kisah dahulu,..aku yang tak dapat menahan sedih; mengalirkan air mata...kisah arwah wan, paklang, paktam dan putra cukup membuatkan semua hati berasa sayu...ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau menganugerahkan ahli keluarga yang cukup membuatkan kami bahagia; walau hidup kami amat bersederhana, tidak miskin dan tidak kaya...ya Allah, kekalkan lah kami bersama hingga akhir waktu...jauhkanlah kami dari segala musibah...amin:* nostalgia aidilfitri tak akan kami lupakan; akan diturunkan pada seluruh keturunan; agar kami beringat siapa kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
besarnya famili..hee...best kalu berhimpun mcm ni...
Alhamdulilah
ini lah kelebihan bila ada keluarga besar
seronok, riuh rendah rumah dibuatnya
Post a Comment