saban malam mata tak lena, menantikan mimpi yang tidak menjelma, resah yang tak keruan, malam yang berlalu perlahan, terjaga aku di malam yang sunyi, keliling bilik yang serba putih aku perhatikan, gelap! hanya sejalur cahaya aku perhatikan, oh cahaya luar aku berbisik perlahan, kiri kanan aku cuba selesakan diri, agar aku lena semula, ah susahnya aku lelapkan mata ini! telefon bimbit itu aku capai, 2.40 pagi, ah! masih awal lagi, membelek-belek aplikasi telefon bimbit, ah! masih tiada jawapan, senyap seribu bahasa, mahu saja aku jerit sepuas hati, aku sayang kamu! kedengaran bunyi malam, sepi! lantas duduk di birai katil, mahu tangisi segalanya, tidak! aku masih kuat, meneruskan perjuangan malamku, terlantar sepi, lelaplah mata, lenalah aku dibuai mimpi, tiada sedar, 6.30 pagi, aku terjaga, masih tiada jawapan...,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment