salam, dulu dan sekarang...banyak bezanya...teringat zaman masa teenagers dulu...zaman persekolahan...tinggal di kampung bersama arwah wan dari kecil sampai meningkat remaja...macam-macam perkara yang telah dialami...yang dari suka hinggalah ke duka...pahit dan manis sudah dirasa...asam garam kehidupan yang telah ditempuh...mendewasakan aku...mematangkan aku...mengajari aku tentang erti kehidupan...syukur! banyak yang telah dipelajari...yang buruk dijadikan sempadan, yang elok dijadikan teladan...begitulah perumpaan orang zaman dahulu...
masa aku remaja dulu, tinggal di kampung dengan wan...dibesarkan di kampung membezakan aku dengan remaja lain yang dibesarkan di kota...tidak terdedah kepada banyak perkara, erti kata lain advance things...tak celik IT...hanya mengenali IT kerana diberi peluang oleh guru Matematik ku di sekolah...hanya ada beberapa buah komputer sahaja di dalam bilik IT tersebut...diajar menggunakan komputer, jakun lagaknya...takut! takut komputer meletup...yelah remaja kampung, manalah tahu semua tu...di ajar menggunakan MIRC..saluran chatting yang terkenal pada masa itu...masuk ke laman kampung...itu lah perkara baru yang aku belajar tentang IT...di ajar menaip...satu-satu huruf aku menaip...sungguh lembap! sekolah harian hanya dibekalkan dengan wang satu ringgit untuk berbelanja di sekolah..Alhamdulilah! itu pun sudah terasa mewah dan cukup...serba serbi masih mampu dibeli untuk mengalas perut yang lapar dan membasahkan tekak yang kering...syukur dan syukur! masih dapat menyimpan baki wang belanja ke dalam tabung buluh yang dibuat khas oleh arwah paklong...entah mana letaknya tabung tu sekarang...bila duit tak cukup untuk membeli barang kegemaran, tabung menjadi mangsa untuk dikorek...hihii...pergi ke kedai Wan Senah, membeli gula-gula dan coklat murah...kampungan la katakan...tak mampu merasa coklat-coklat mahal...di hujung bulan, rezeki amat murah...makcik memberi wang sepuluh ringgit untuk aku berbelanja...aku sangat gembira, pergi ke pasaraya Chembong...aku beli buku nota..buku nota itulah aku guna mencatit nota-nota penting untuk menghafal...Alhamdulilah, berkat semuanya...selepas wan meninggal dunia, aku membawa diri ke sekolah teknik..tinggal di asrama...macam-macam yang aku alami...semuanya sedih belaka...aku masih dapat berdikari..syukur! walau susah mana pun hidup di asrama, aku masih tabah menjalani hari-hari mendatang...aku kuatkan semangat...aku ingin berjaya!syukur!syukur! aku dapat memjejakkan kaki ke menara gading...masih merasa keperitan kehidupan yang masih susah...masih kuat mengharungi semua...aku ingin berjaya! tekad dan nekad...aku berjaya mendapat segulung diploma dan segulung ijazah yang menjadi kebanggaan seluruh ahli keluarga...tidak terjangka aku mampu menghabiskan pengajian...walau aku diuji dengan pelbagai dugaan...Allah itu Maha Mengetahui, Maha Penyayang...Alhamdulilah...
bezanya sekarang! aku tidak nampak semua yang aku alami..mungkin ada..tapi terpencil dan tidak diketahui...remaja sekarang, hidu senang dan mewah..duit belanja sekolah harian mencecah sepuluh hingga dua puluh ringgit seorang...wah! terkedu yang tidak terkata...pelik dan hairan...buat ape duit banyak-banyak? hendak belanja apa di sekolah? itulah remaja sekarang...disogok dengan segala kemewahan...bezanya dengan zaman dahulu...zaman mama dan papa masa remaja, dan zaman aku remaja...perubahan! semua itu perubahan! mana ada sama dulu dan sekarang...tidak boleh menyamakan zaman dahulu dan sekarang...bagaimana mereka berdikari di kemudian hari? bagaimana? entahlah, keadaan berubah dari hari ke hari...tiada yang sama...semua berbeza...
2 comments:
kenangan lama memang x blh lupa kan....walaupun byk yg pahit...apa2 pun hidup mesti diteruskan... :)
yup nor..betul tu...
kalau lah budak2 sekarang tau menghargai semua...hurmm
Post a Comment